Santri Pengelana

Berjalan tanpa henti

PELUANG DITERAPKANNYA MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR ( MSC ) MALAYSIA BAGI KEMAJUAN SAINS MAKLUMAT DI INDONESIA

Oleh : Muhammmad Ibrahim

I. PENDAHULUAN

Diera globalisasi ini, sempadan antara satu Negara dengan Negara lain sudah hampir tidak mempunyai hal yang berarti. Seseorang dapat betatap muka atau dalam hal ini interface dengan orang lain dari Negara lain tanpa halangan apapun walau sebenarnya orang tersebut berada di belahan bumi lain dan saling bertukar maklumat satu sama lain.

Menurut Budi Sutedjo (2002:168) dan Rahayuningsih, Rochaety, Yanti, (2006:4). maklumat merupakan pemrosesan data yang diperoleh dari setiap elemen sistem menjadi bentuk yang mudah dipahami dan merupakan pengetahuan yang relevan dan diperlukankan, dimana maklumat itu sendiri merupakan pernyataan yang menjelaskan suatu peristiwa sehingga manusia dapat membezakan antara satu dengan yang lainnya

Alat atau sistem komunikasi yang diciptakan manusia untuk saling berhubungan hingga saat ini dikenal dengan istilah Sains maklumat ( baca ai-ti ) atau Information Technology (eng).

Sains maklumat merupakan salah satu dari disiplin ilmu yang masuk dalam ruang lingkup ilmu komputer, yang pada dasarnya merupakan suatu kumpulan ilmu dan teknik yang mempelajari dan menangani secara khusus tentang transformasi dan pengolahan data-data simbolik dengan memanfaatkan teknologi komputer itu sendiri. Transformasi itu berupa proses-proses logika dan sistematika untuk mendapatkan solusi dalam menyelesaikan berbagai masalah, sehingga dengan memilih program studi Teknik Informatika, kita menjadi terlatih berpikir secara logis dan sistematis untuk dapat dengan mudah menyesuaikan diri dengan pekerjaan apapun.

Menurut (Main, 2008) sains maklumat dapat diartikan sebagai teknologi yang digunakan untuk menyimpan, menghasilkan, mengolah serta menyebarkan maklumat. Sains maklumat (Information Technology) merupakan mata rantai dari perkembangan SI (Sistem Informasi). Kalau dilihat dari susunan kata, yakni kata sains dan maklumat, maka sains maklumat dapat diartikan sebagai hasil rekayasa manusia terhadap proses penyampaian informasi dari pengirim ke penerima.

Disemerata dunia, sains maklumat sudah menjadi bahagian dari suatu hubungan antar Negara yang satu dengan Negara yang lain dan sudah merambah ke pelbagai sektor, baik itu sektor pembangunan, sektor kesehatan, termasuk sektor komunikasi dan multimedia di Negara-negara maju dan berkembang.

Salah satu hasil perkembangan dari sains maklumat itu adalah Multimedia Super Corridor atau MSC. Maka dalam makalah ini akan dibahas tentang peluang diterapkannya MSC dengan bereferensi terhadap perkembangan MSC yang telah lebih awal diterapkan oleh Malaysia serta cabaran yang harus dilalui demi pelaksanaan MSC itu terwujud di Indonesia

II. PENGERTIAN MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR

1. Multimedia

Dalam Industri elektronika, multimedia adalah kombinasi dari komputer dan video (Rosch, 1996) atau pengertian multimedia secara umum adalah gabungan dari tiga elemen gambar, suara, dan teks (Mc. Cormik, 1996) atau multimedia adalah kombinasi dari paling sedikit dua media input atau output dari data, media ini dapat berupa audio (suara,musik), animasi, video, teks, grafik dan gambar (Turban dkk, 2002) atau multimedia merupakan alat yang menciptakan presentasi yang dinamis dan interaktif yang mengkombinasikan teks, grafik, animasi, audio dan gambar video (Robin dan Linda, 2001). Definisi lain dari multimedia yaitu dengan menempatkannya dalam konteks, seperti yang dilakukan oleh Hoftsteter (2001), multimedia adalah pemanfaatan komputer untuk membuat dan menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi dengan menggabungkan link dan tool yang memungkinkan pemakai melakukan navigasi, berinteraksi, berkreasi dan berkomunikasi

2. Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia

Zona yang disarankan kerajaan Malaysia, yang dirancang untuk menanggulangi Malaysia ke dalam informasi era dunia Informasi khususnya semua yang berhubungan dengan Multimedia,

III. LUAS SERTA DAERAH-DAERAH MSC MALAYSIA

Multimedia Super Corridor merangkumi kawasan seluas 750 km persegi yang melebar ke selatan Kuala Lumpur, bermula dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (PBKL) di utara hinggalah ke Lapangan Tebang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAB) di selatan. Ia disempadani oleh Lebuh Raya Utara-Selatan di sebelah timur dan Lebuh Raya Persisiran Pantai di sebelah barat (Ramlah, Abd. Wahab, Dewan Masyarakat-1996: 46).

Di antara PBKL dan LTAB, terdiri dua identiti mega di tengah-tengahnya, iaitu pusat pentadbiran baru kerajaan, Putrajaya dan Bandar Raya Teknologi Maklumat ( IT City). Antara kewujudan bangunan mega itu, terbangun pula industri multimedia dan syarikat utama yang menerajui perkembangan infrastruktur dan teknologi maklumat. Selain itu, keseluruhan MSC juga akan dilengkapi dengan rangkaian optik gentian digital, 2.5 hingga 10 gigabit yang akan menghubungkannya secara langsung dan interaktif dengan negara Asean, Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan negara membangun yang lain (Ibid : 46).

IV. APLIKASI-APLIKASI MSC

Di bawah ini ada beberapa apliaksi MSC yang dapat diterapkan secara menyeluruh di Negara-negara berkembang di Asia tenggara khususnya Indonesia.

1. Electronic Government (kerajaan elektronik)

Pentadbiran kerajaan yang berhubungan secara rangkaian jaringan computer yang bedasarkan konsep kurang kertas (paperless). Semua jabatan kerajaan akan dihubungkan dengan suatu pangkalan data sepunya yang memudahkan aliran maklumat.

2. Teleperubatan

Hospital akan menggunakan teknologi maklumat untuk saling berhubungan dengan hospital dirantau serta diseluruh dunia dan memudahkan para doktor tempatan untuk saling berkongsi kepakaran dengan doktor diseluruh dunia.

3. Smart-School

Menjalankan seluruh aktiviti pendidikan universiti dengan konsep teknologi maklumat mulai dari penerimaan kemasukan sampai ujian peperiksaan serta dapat saling berkongsi pelbagai bidang keilmuan dengan universiti-universiti di seluruh dunia.

4. Pusat Pemasaran Tanpa Batasan.

Meningkatakan aktiviti di bidang ekonomi dan bisnis dengan konsep perkhidmatan telemarketing baik di dalam negeri maupun daerah di rantau Asia bahkan di seluruh dunia.

5. Perkhidmatan Kewangan.

Melakukan seluruh pembayaran kewangan kepada kerajaan dan swasta secara online baik itu berupa pajak, cicilan rumah serta pembayaran kad kredit di bank-bank kerajaan maupun swasta.

6. National Multi-Purpose Card

Kad bistari yang serbaguna akan dikeluarkan dan akan berfungsi sebagai kad pengenalan, dompet elektronik, kad kredit, kad telefon dan seumpamanya

V.Cabaran yang dihadapi oleh MSC

Idea MSC nampaknya menarik dan sekiranya berjaya dilaksanakan seperti dalam perancangan akan mentransformasikan taraf ekonomi negara kepada negara berasaskan pembangunan teknologi maklumat.

MSC tidak harus meniru bulat-bulat atau “cut and paste” dari model Cybercaya, kuala Lumpur, Malaysia. Apa yang penting ialah mesti mengambil pertimbangan keunikan sosial, politik dan pembangunan ekonomik Indonesia. Dengan itu barulah bersesuaian dengan keperluan kita. Begitu juga, manfaat yang diperolehi harus dilimpahkan ke seluruh negara dan bukan tertumpu kepada MSC sahaja.

1. Kes cetak Rompak Perisian

Kes ini sangat merisaukan bagi syarikat-syarikat asing untuk berinvestasi di sebuah Negara, kerana dapat menghilangakan kepercayaan terhadap suatu Negara.

2. Terlalu Banyak Fokus kepada Syarikat Asing

Dalam dunia perniagaan, faktor perkiraan ialah Return On Investment. Syarikat antarabangsa tidak mengenal sempadan negara. Maka mereka akan berpindah ke mana sahaja yang dapat memberi peluang terbesar kepada negara. Dengan itu, MSC harus membuka ruang yang besar kepada pertumbuhan syarikat tempatan. Walaupun kita mempunyai perisian tempatan yang berpotensi , seolah-olah perisian ini dipinggirkan.

3. Kekurangan sumber daya yang mahir

Walaupun terdapat ratusan siswa/siswi lulusan teknologi maklumat yang memasuki pasaran kerja setiap tahun, tetapi angka tersebut jauh daripada mencukupi untuk menjayakan MSC sepenuhnya. Kerajaan telah mengambil langkah menambah bilangan kemasukan pelajar teknologi maklumat serta meluluskan permohonan kolej serta universiti swasta untuk menghasilkan lebih ramai lulusan teknologi maklumat.

Sekiranya masalah kekurangan sumber manusia yang mahir ini tidak dapat diatasi, dijangkakan pasaran kerja akan menjadi ketat dan akibatnya ialah kos sumber manusia menjadi terlalu mahal dan daya saingan MSC akan berkurangan.

4. Menambah pengangguran

Dengan dibangunnya MSC maka semua pekerjaan akan dikerjakan dengan aplikasi computer sehingga tak terlalu banyak memerlukan tenaga manusia, sehingga hal ini akan menyebabkan banyaknya tenaga kerja yang terlantar

5. Mahalnya pembiayaan

Dalam pembuatan koridor raya ni akan sangat memerlukan biaya yang tidak sedikit, sehingga diperlukan cadangan dana yang besar, terhitung dimulai dengan perencanaan projek sehingga pemangfaatan hasil projek sehingga akan sedikit memberatkan bagi sebahagian Negara-negara berkembang.

February 3, 2009 - Posted by | Teknologi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: